Sambutan Kedatangan Tn. Pengetua Baru, SMK Syed Sirajuddin – 8 November 2013

 

SMK Syed Sirajuddin telah menerima kedatangan Tn. Pengetua baru, En. Hakimi bin Abas dari SMK Syed Alwi pada hari Jumaat,  8 November 2013.  Rombongan bas dua tingkat yang membawa seramai 44 orang guru dan 20 orang pelajar telah tiba di pintu utama SMK Syed Sirajuddin pada jam 9.40 pagi.  Rombongan disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang SEMSIRA.  Tn. Pengetua dan rombongannya diarak menuju ke Dewan Merdeka dan disambut oleh para pelajar yang bersiap sedia menunggu di sepanjang laluan ke Dewan Merdeka.  Majlis diteruskan dengan ucapan Pengacara Majlis, Tn. Syed Lokman Hakim bin Syed Adnan, dan bacaan doa oleh En. Mohamad Adi bin Ismail.  Tn Hj Ahmad Mahiyiddin bin Mohamad meneruskan majlis dengan ucapan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tn. Pengetua, En. Hakimi bin Abas.  Majlis diakhiri dengan ucapan Tn. Pengetua dan jamuan ringan.