Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang dan Semarak Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2016

Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang dan Semarak Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2016 merupakan satu program anjuran  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.  Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Jalan Home Guard, Kangar, Perlis.  Tarikh pelaksanann Program adalah seperti berikut:

Raptai Penuh : 12 Ogos 2016 (Jumaat) – 4.00 petang

                                                 Persembahan :  13 Ogos 2016 (Sabtu) – 10.30 pagi

 

Berikut merupakan para peserta SEMSIRA yang terlibat dengan program ini :-

  1. Kadet Polis : Mina Suwanno A/P Al Woong
  2. Kadet Bomba : Ooi Yen Ny
  3. Kadet Pertahanan Awam (KAPA) : Nur Zaid Adi Bin Noor Azizam
  4. Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) : Sulaiman Bin Adam
  5. Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) : Nur Athirah Binti Abd Hamid

 

KEJAYAAN*

Empat orang murid memegang setiap bucu Jalur Gemilang pada paras bahu dengan didahului oleh Nur Zaid Adi Bin Noor Azizam yang membawa lipatan bersegi tiga Jalur Gemilang. Lipatan bendera kebangsaan berkenaan telah diserahkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Penyerahan berkenaan adalah sebagai simbolik pengibaran Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat patriotik dalam diri setiap tetamu yang hadir.

 

ULASAN

Secara keseluruhan, program ini berjaya merealisasikan matlamat dan objektif program yang telah dirangka melalui semangat bekerjasama yang jitu dan erat.

Segala komitmen yang tidak berbelah bagi dari semua pihak merupakan teras ke arah pencapaian kejayaan program yang gilang-gemilang.

 

Laporan disediakan oleh :  En. Nurul Izad Bin Ali

 

 

MEMORI TERINDAH DALAM LIPATAN KENANGAN

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG DAN SEMARAK KEMERDEKAAN

PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2016

 

j1 (700x525)

Gambar 1 : Murid-murid sedang menyiapkan diri dengan pakaian seragam masing-masing.

 

j2 (700x525)

Gambar 2 : Sesi bergambar bersama guru pengiring dengan pembawa Jalur Gemilang

j3 (525x700)

Gambar 3 : Sesi bergambar bersama dengan masyarakat Siam yang membuat pameran.

j4 (700x525)

Gambar 4 : Ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

j5 (700x525)

Gambar 5 : Majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada perasmi.

j6 (700x525)

 Gambar 6 : Murid-murid sedang memegang erat Jalur Gemilang di paras bahu