Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah

Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}
  3. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).
  4. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan sukan/permainan.
  5. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya untuk merumuskan dasar dan pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan.
  6. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar dan  pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan
  7. Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumen-dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian dan sijil-sijil).
  8. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas.
  9. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan atau kewangan dan kecendorongan pelajar.
  10. Memperolehi dan mengemaskini inventori ,bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum.
  11. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.
  12. Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196}
  13. Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.
  14. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas guru-guru
  15. Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
  16. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.
  17. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan.
  18. Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar
  19. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.
  20. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.
  21. Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan)

 

Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

  1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih;
  2. Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah.
  3. Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.
  4. Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.
  5. Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.
  6. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.
  7. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham, dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan bangsa.
  8. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati.
  9. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.
  10. Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan institusi-institusi pengajina tinggi, untuk memperluas, mempelbagai, dan mempertingkatkan penglibatan murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.
  11. Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawanan dan kekendirian.
  12. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

 

MATLAMAT:

  1. Membentuk perancangan yang rapi berkaitan sistem pengurusan aktiviti Kokurikulum agar dapat mewujudkan masyarakat pelajar yang terlatih, cergas dan  bersatu padu agar dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan sekolah.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang manasabah dan terkawal.
  4. Melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti   kepimpinan pada masa hadapan.
  5. Menjadikan media Badan Beruniform sebagai saluran pembinaan potensi para  pelajar secara menyeluruh dan bersepadu   melalui konsep Kementerian Belia dan  Sukan-“Rakan Muda Sihat dan Cergas”
  6. Membolehkan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti yang dinamik,terancang  dan terkawal.
  7. Memberi bimbingan yang berterusan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai input  ke arah pelbagai konsep kendiri dan   pembentukan  sahsiah yang unggul .
  8. Menyemarakkan  budaya berwatak kemas dan berkaliber sebagai identiti warga Semsira .
  9. Menanam semangat patriotisme yang betul di kalangan pelajar.
  10. Meningkatkan suasana /keadaan sekolah yang lebih menarik dan menyeronokkan kepada pelajar-pelajar.
  11. Menyediakan kemudahan –kemudahan sukan dan permainan yang cukup dan  pelbagai  kepada semua pelajar.Antara lainnya, agar para pelajar menggunakan masa lapang secara berfaedah dan bermakna di samping memupuk sikap positif melalui kerjasama berpasukan.
  12. Menaikkan nama sekolah dari semasa ke semasa untuk terus berada pada imej dan prestij tersendiri sesuai dengan moto “SEMSIRA terus Cemerlang dan Terbilang”.
  13. Meningkatkan tahap kesihatan ,kesejahteraan diri dan kecemerlangan fizikal di kalangan pelajar.

 

OBJEKTIF

  1. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia dan bersemangat serta  berdisplin ,kepatuhan kepada arahan,peraturandan undang-undang,pengurusan masa yang berkesan dan penggunaan sumber yang ada secara optimum untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di semua peringkat.
  2. Membolehkan pelajar-pelajar menentukan dan membina kerjaya masing-masing melalui pendedahan yang maksimum.
  3. Melatih para pelajar menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus  pembangunan negara.
  4. Memupuk semangat berkerjasama  berpasukan dan perpaduan di kalangan pelajar .
  5. Membolehkan para pelajar meyalurkan semangat cintakan sekolah dan tanahair  melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum.
  6. Memberi latihan kepada para pelajar melalui pendedahan berkaitan:
  1. Perlembagaan dan Peraturan Persatuan/Kelab
  2. Kaedah Pengendalian Mesyuarat
  3. Pengurusan Kewangan Persatuan
  4. Tatacara Pengendalian Kursus, Seminar,Bengkel, Forum,Simposium dan Kolokium
  5. Teknik Penyampaian Ucapan
  6. Aspek Kepimpinan Dalam Persatuan/Kelab
  7. Pengurusan Lawatan Sambil Belajar, Pertandingan/Pameran Pendidikan.
  1. Membolehkan pelajar-pelajar menjalankan program-program latihan yang sistematik dan terkawal agar bersedia secara   mental dan fizikal dalam setiap pertandingan/perlawanan.
  2. Meningkatkan minat dan semangat pelajar-pelajar untuk bergarak cergas dalam kegiatan sukan dan permainan disamping mencegah budaya negatif atau yang tidak berfaedah.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat di semua peringkat umur dan sentiasa berdaya saing dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat pertandingan / perlawanan –zon, negeri, kebangsaan (contoh,SUKMA) dan    antarabangsa(contoh, SEA Games).
  4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisplin ,mematuhi masa dalam latihan dan pertandingan/ perlawanan serta mematuhi  peraturan pertandingan/perlawanan .
  5. Membentuk pelajar-pelajar yang sentiasa ingin menyumbang kepada kecemerlangan sekolah melalui kemenangan dalam  pertandingan , disamping menjaga nama baik sekolah melalui amalan sahsiah dan displin yang unggul sepanjang pertandingan.

 

FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM

  1. Pengukuhan dan Pengayaan
  2. Khidmat Masyarakat
  3. Hobi dan Rekreasi
  4. Kerjaya
  5. Perkembangan Diri Individu

 

Pengukuhan dan Pengayaan

Perkhemahan:

Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.

Kawat Kaki:

Aktiviti ini dapat mengujudkan disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.

Bola Sepak:

Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat keputusan.   Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.

Khidmat Masyarakat

Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:

Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat.

Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat.   Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

 

Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam  aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.

Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid.   Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/ cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratan akhbar, membuat model, mengukir, memancing.

 

Kerjaya

Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid.   Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid.   Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.  Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja.  Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.

 

Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

 

Kesihatan

Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih murid membiasakan jagaan kebersihan diri, antaranya melalui aktiviti berikut:

  1. Pasukan Pakaian Seragam yang mementingkan pakaian dan perawakan yang kemas dan teratur;
  2. Pertolongan cemas  yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan:
  3. Latihan sukan yang mementingkan kesihatan:
  4. Kerja-kerja amal dan ibadah.

 

Peningkatan Disiplin

Aktiviti kokurikulum  dapat  meningkatkan  dan   memperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu.

 

 

 

 

Ciri-Ciri Pelajar/Murid Yang Dihasratkan Melalui Aktiviti Kokurikulum

Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Menguasai kemahiran dan kaedah asas belajar.

Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri sendiri.

Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus hal-hal berkenaan kehidupannya.

Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.

Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.

Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan, kemahiran, pendekatan dan teknologi baru

Bersungguh-sungguh mencari dan mencintai ilmu untuk mengetahui rahsia dan nikmat kehidupan yang diberikan Tuhan.

Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.

Terus belajar dan meningkatkan pengetahuannya.

Sentiasa bersiap sedia untuk belajar.

Suka dan gembira belajar.

Sihat tubuh badannya dan terhindar daripada bahaya.

Sentiasa hadir sekolah dan berada dalam sistem pendidikan.

Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji.

Menjaga dan mengurus kebajikan, keselamatan dan kebersihan serta kesihatan  diri.

Mendapat layanan dan perhatian yang cukup dan saksama semasa mengikuti pelajaran.

Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.

Mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan.

Mampu mengemukakan idea-idea yang kritis, analitis dan kreatis secara berhemah dan spontan  di hadapan khalayak.

Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.

Mampu melahir dan meluahkan perasaan secara berhemah, bijaksana dan berkesan.

Mampu berdikari dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan sekolah, dan masyarakat.

Berketrampilan dalam pelbagai bidang.

Mencintai alam sekitar.

Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.

Mencintai bangsa dan negara.

Bersyukur, bertawakal, beriman dan bertakwa.

Melahirkan insan yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang(CGT).

 

PERANCANGAN  STRATEGIK

Pendahuluan : Perancangan Strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh diubah suai dan dinilai dalam tahun yang berkenaan.  Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan perancangan ini.

  1. Cadangan Visi : merupakan pernyataan cita-cita / harapan / impian / arah tuju sesebuah sekolah dan perlu mempunyai tahun sasaran untuk mencapainya.
  2. Cadangan Misi : Untuk mencapai visi (cita-cita) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapainya.

 

SMK SYED SIRAJUDDIN

Visi Sekolah

Menjana Pelajar Terbilang Dari Segi Intelek, Sahsiah Dan Jasmani Menjelang  2020.

Misi Sekolah

Melahirkan pelajar yang mencapai kelulusan 100% dalam semua peperiksaan awam.

Melahirkan pelajar yang berketrampilan, berfikiran matang dan beretika.

Membentuk pelajar yang progresif dan menguasai teknologi.

Membentuk pelajar yang bersahsiah mulia dan mempunyai pegangan agama yang teguh.

Melahirkan pelajar yang berpotensi dan menyanjungi budaya bangsa.

 

Matlamat Strategik

Misi Kedua : Semua pelajar aktif dalam kokurikulum

  1. A) Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.

B)Memastikan setiap unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.

C)Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan permainan, kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

 

  1. Objektif Khusus :

Pada akhir Januari 2016 semua unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan permainan mempunyai pelan tindakan/perancangan untuk aktiviti sepanjang tahun.

Pada akhir Mac 2016 sukan olahraga peringkat sekolah telah pun selesai diadakan.

Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan.

Pada akhir Jun 2016 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan.

Pasukan bola sepak, bola jaring dan bola baling sekolah menjadi johan di peringkat zon pada tahun 2015

Pada akhir bulan September 2016, aktiviti unit beruniform dan Kursus Kepimpinan Unit Beruniform selesai dijalankan.

 

Pelan Tindakan A :

Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI (A)

Matlamat Strategik : Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.

Objektif khusus : Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru                          dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan