:
Tajuk Aktiviti : Sukaneka Sains
Tarikh : 22 April 2017
Hari : Sabtu
Tempat : Tapak Perhimpunan dan Padang SMK Syed Sirajuddin
Masa : 8.30 -11.30 pagi
Kelolaan Oleh : Cik Siti Ruzanna & Cik Suriati (Panitia Sains)
Penglibatan : Pelajar Tingkatan 1
Aktiviti Sukaneka Sains telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 22 April 2017. Seramai 16 orang murid yang telah mendaftarkan diri, hadir pada hari yang ditetapkan. Aktiviti sukaneka ini menggabungkan beberapa konsep sains yang asas seperti rekabentuk roket kertas dan konsep ketumpatan antara bola ping pong dan air serta menyelesaikan suai gambar sel tumbuhan dan sel haiwan. Semua murid yang terlibat menunjukkan semangat persaingan yang tinggi dan berjaya menjalankan setiap aktiviti yang disediakan.