ah
Seramai 4 orang pelajar SMK Syed Sirajuddin telah terpilih mewakili Malaysia ke The 11th Southern Borders Provinces Scout Jamboree 2015 pada 18 Ogos 2015 sehingga 22 Ogos 2015 yang diadakan di OMSM College Learning Centre, Hat Yai. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah hiking, lawatan ke muzium , tarian tradisional, rempuh halangan(obstacle), flying fox, ukiran buah-buahan, kayak dan sukan rakyat dalam air. Pelajar-pelajar yang terlibat berasa amat gembira dan berbangga dapat melibatkan diri dengan program ini. Sambutan meriah dan layanan mesra daripada pihak tuan rumah amat dihargai.
Laporan : Ku Ahmisuhaini binti Ku Ahmad