Matlamat Sukan Dan Permainan
MATLAMAT SUKAN DAN PERMAINAN
1. Menyediakan kemudahan –kemudahan sukan dan permainan yang cukup dan pelbagai kepada semua pelajar.Antara lainnya, agar para pelajar menggunakan masa lapang secara berfaedah dan bermakna di samping memupuk sikap positif melalui kerjasama berpasukan.
2. Menaikkan nama sekolah dari semasa ke semasa untuk terus berada pada imej dan prestij tersendiri sesuai dengan moto “SEMSIRA terus Cemerlang dan Terbilang”.
3. Meningkatkan tahap kesihatan ,kesejahteraan diri dan kecemerlangan fizikal di kalangan pelajar.
OBJEKTIF:
1. Membolehkan pelajar-pelajar menjalankan program-program latihan yang sistematik dan terkawal agar bersedia secara mental dan fizikal dalam setiap pertandingan/perlawanan.
2. Meningkatkan minat dan semangat pelajar-pelajar untuk bergarak cergas dalam kegiatan sukan dan permainan di samping mencegah budaya negatif atau yang tidak berfaedah.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat di semua peringkat umur dan sentiasa berdaya saing dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat pertandingan / perlawanan –zon, negeri, kebangsaan (contoh,SUKMA) dan antarabangsa (contoh, SEA Games).
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisplin ,mematuhi masa dalam latihan dan pertandingan / perlawanan serta mematuhi peraturan pertandingan/perlawanan .
5. Membentuk pelajar-pelajar yang sentiasa ingin menyumbang kepada kecemerlangan sekolah melalui kemenangan dalam pertandingan , disamping menjaga nama baik sekolah melalui amalan sahsiah dan displin yang unggul sepanjang pertandingan.
Sukan dan Permainan yang Didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin
Rumah-rumah Sukan
Pendaftaran Sukan Permainan 2015
Tarikh : 29 Januari 2015 (Khamis)
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 7.40 pagi – 9.00 pagi